JANGAN TERKEJUT!!!!!!
Ni adalah gambar kedai urut baru Linda Onn yang mula beroperasi sejak November lalu di Pasar Raya Besar Giant, Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur, Linda memberitahu keinginan untuk membuka bisnes urutan adalah kerana minatnya sendiri.
Biarpun baru tiga bulan beroperasi, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn ternyata gembira dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap My KakiJamu Shop.
Apatah lagi pelbagai pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan, tidak hairanlah apabila My KakiJamu Shop sentiasa dikunjungi pelanggan terutama pada hujung minggu.
Jelas Linda, dia amat berpuas hati dengan respons yang diterima oleh pelanggan yang rata-rata begitu positif dengan perkhidmatan yang disediakan.
Tidak hanya tertumpu kepada urutan kaki atau refleksologi, perniagaan baru itu turut menawarkan urutan badan, menata rias kuku tangan dan kaki serta pelbagai jenis mandian termasuk lulur, susu, limau dan rempah.
Seringkali yang menjadi pilihan adalah pakej berharga RM180 yang bermula dengan rendaman kaki bagi membuang toksik, sauna herba, mandi bunga, urutan badan selama dua jam dan minuman herba.
P/S : rasa teringin juga nak pergi berurut tpi my father urut pon best jugeeee.free of charge
